Dalam era Nazi,
Jerman telah menghasilkan filem animasi pada tahun 1933 sehingga 1945.
Antaranya adalah cerita yang mengandungi unsur-unsur sexsual seperti Visconti's The Damned dan cerita-cerita
lawak seperti Hogan Heroes.
Pada tahun 1935
teks dan katalog telah digunakan dalam filem-filem animasi seperti Composition In Blue (Fischinger) atau
dalam bahasa Jermannya Composition In
Blau. Pada tahun 1934 filem yang telah dihasilkan oleh Geiniger ialah The Stolen
Heart (Das Ges Toh Lene Harz).
Sebenarnya filem
yang dihasilkan oleh Starewich yang
bertajuk Reynard The Fox pada tahun
1937 telah pun dihasilkan di Paris
sekitar tahun 1930an dan telah diperbincangkan sepenuhnya sebagai filem cereka
animasi terpanjang pernah dihasilkan di Jerman. Ianya menjadi karya agung di
Jerman sebelum munculnya Snow White
lapan bulan kemudian iaitu pada bulan Disember 1937.
Ramai juru animasi yang bekerja
pada era Nazi antaranya ialah:
·
Kurt Wiese
·
Otto
Hermann
·
Hans
Zoozmann
·
Lore
Bierling
·
Toni
Rabolt
·
Harry
Jaeger
·
Kurt
Stordel
·
Richard
Felgernauer
·
Benhard
Klien
·
Paul
Peroff
·
Hedwing
Group & Genda Otto
·
G.Wslz
Group & G.Kryger
·
Schwab Group
& Gerhardt
Hanya seorang sahaja Juru Animasi yang meniggalkan Jerman iaitu Oskar Fischinger yang berpindah ke Paris
pada bulan Februari 1936. Beliau telah sempat menghasilkan tiga filem terbaik
Jerman dalam era Nazi iaitu:
·
Circles
(Krese) pada tahun 1933,
·
Muratti Get In The Act (Muratti Greift Ein)
pada tahun 1934 dan
·
Composition
In Blue pada tahun 1935.
Juru Animasi lain juga cuba untuk meniggalkan Jerman,tetapi perpindahan
mereka tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah. Sebelum tahun 1933, Bertold Bartosch telah bertolak ke Paris
untuk bekerja di sana tetapi pada 1940 tentera Jerman telah menawan dan
memusnahkan St.Francis. Pacifist Film iaitu studio dia bekerja
juga telah musnah dan segala filem dan karya agung juga turut musnah.
Animasi di Jerman dalam perang dunia kedua sehingga tahun 1937 telah
dibekalkan oleh filem-filem animasi yang dihasilkan di Amerika. Produk Amerika
yang menjadi keagungan masyarakat Jerman ialah:
·
Felix The
Cat
·
Out Of
Inkwell
Ia telah
ditayangkan pada tahun 1920an. Dalam tahun ini juga, ia telah menyebabkan
industri filem animasi di Jerman tidak dapat berkembang. Pada tahun
1933,Menteri Propaganda Jerman (Goebbels)
telah dibayar oleh pengeluar filem Disney
untuk menayangkan siri-siri animasinya di Jerman. Antara siri-siri animasi
tersebut ialah:
·
Mickey
Mouse
·
Silly Symphonies
·
Three
Little Pig
Disney telah cuba untuk menambah bayaran
bagi filem Snow White namun Goebbels telah meramalkan Snow White mungkin tidak akan berjaya
kerana dia telah banyak menerima kritikan dari akhbar-akhbar Jerman kerana
telah mengorbankan legenda-legenda Jerman untuk kepentingan dirinya.
Oleh sebab itulah
dia telah menolak tawaran baru dari Disney.
Lembaga penapis filem British juga telah mengharamkan filem ini ditayangkan
pada kanak-kanak disebabkan ianya terlalu ganas dan menakutkan.Pemerintah
Jerman juga telah mengarahkan Juru animasi Jerman supaya memulakan pengeluaran
filem animasi warna untuk kanak-kanak terutamanya filem Snow White yang mana
telah dihasilkan semula dalam bentuk live-action
yang diberi nama (Schneeweisschen)
pada tahun 1939.
Pengeluar-pengeluar
lain seperti Kurt Stordel telah
menerbitkan filem kartun popular(Purzel
The Dwarf) Walau bagaimanapun cara atau teknik animasi yang dikeluarkan
oleh studio-studio di Jerman masih belum cukup untuk menandingi Disney dan produk-produk dari Amerika.
Untuk membetulkan
keadaan , pegawai-pegawai kementerian berkenaan telah membuat perancangan pada
tahun 1941 dimana mereka telah memanggil animator-animator yang ternama dalam
industri filem animasi di Jerman supaya tidak hanya mengeluarkan siri-siri
animasi pendek tetapi turut menghasilkan filem-filem animasi yang panjang
seperti filem-filem cereka.
Bagi mencapai
matlamat tersebut, Juru Animasi ini telah diperintah meningkatkan produksi
mereka ketahap filem cereka untuk ditayangkan di panggung-panggung wayang. Juru
animasi yang terlibat antaranya ialah Hans
Ficherkoesen yang mengetuai juru animasi lain di Jerman antara tahun 1933
sehingga 1945.