Ads 468x60px

Saturday, May 19, 2012

Sejarah Animasi Malaysia


Contoh animasi pertama di dunia ialah wayang kulit. Dengan bentuk dan sendi tangan yang digerakkan. Ianya juga animasi dari lukisan yang digunting (cutout). Lotte Reiniger, Juru Animasi dari German mendapat ilham untuk membuat filemnya iaitu The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan wayang kulit.
Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Nasional atau FINAS). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Santorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1998). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, lebih 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain). Beberapa orang kartunis juga telah menukar karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya  adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Santorian).
Kini, animasi Malaysia mula didedahkan dengan teknik 3D. Hasil bantuan dan kerjasama luar, Malaysia sudah mampu menghasilkan animasi 3D sendri. Antara animasi 3D Malaysia yang berjaya mendapat sambutan ialah, Upin & Ipin, Boboi Boy,dan Saladin. Animasi Saladin terbitan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MdeC) merupakan animasi tempatan yang paling berjaya dihasilkan setakat ini. Ia bukan setakat berdasarkan mutu penerbitan, malah animasi dengan kerjasama saluran televisyen (TV), Al Jazeera Children’s Channel itu juga mendapat sambutan di luar negara. Saladin yang berlatarbelakangkan Timur Tengah abad ke-12 mengisahkan tentang seorang lelaki yang menggunakan kelicikannya bagi menentang pelbagai kejahatan yang berlaku ketika itu.

0 comments:

Post a Comment