Ads 468x60px

Saturday, May 19, 2012

Kategori Animasi Berkomputer


Animasi 2 Dimensi
Animasi dua dimensi juga kadangkala dikenali sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Beberapa kaedah yang digunakan bagi membangunkan animasi dua dimensi. Antaranya :
·         Animasi Laluan (Path Animation)
·         Animasi Sel (Cel Animation)
·         Animasi Skrin atau Transaksi Objek
·         Animasi Font dan Ikon

Animasi 3 Dimensi  
Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek tiga dimensi yang biasanya terbentuk menerusi pemodelan atau formula matematik Setiap objek mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi. Terdapat beberapa kaedah pembangunan animasi tiga dimensi. Antaranya :
·         Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)
·         Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lightning)
·         Pemetaan (Mapping)
·         Rendering dan Animasi

Teknik Animasi


Animasi Tradisional
Sebelum berkembangnya teknologi animasi berkomputer, semua animasi tradisi dilakukan menggunakan tangan. Bagi setiap satu saat animasi ia memerlukan sekitar 20 bingkai dan bayangkanlah masa dan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah animasi yang lengkap. Bagi menghasilkan animasi yang memakan masa 2 minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan bagi membantu di dalam proses penghasilan animasi secara tradisional, antaranya :
·         Keyframes
·         Cell Animation
·         Page Flipping
·         Onion Skinning
 
Animasi Berkomputer  
Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik. Terdapat pelbagai kaedah di dalam penghasilan animasi berkomputer, iaitu daripada animasi mudah sekadar pergerakan objek secara linear merentasi skrin sehinggalah kepada animasi 3 dimensi yang mengkagumkan. Beberapa istilah dan proses yang sering terlibat di dalam penghasilan sesebuah animasi berkomputer iaitu :
·         Tweening
·         Keyframe

Sejarah Animasi Malaysia


Contoh animasi pertama di dunia ialah wayang kulit. Dengan bentuk dan sendi tangan yang digerakkan. Ianya juga animasi dari lukisan yang digunting (cutout). Lotte Reiniger, Juru Animasi dari German mendapat ilham untuk membuat filemnya iaitu The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan wayang kulit.
Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Nasional atau FINAS). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Santorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1998). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, lebih 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain). Beberapa orang kartunis juga telah menukar karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya  adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Santorian).
Kini, animasi Malaysia mula didedahkan dengan teknik 3D. Hasil bantuan dan kerjasama luar, Malaysia sudah mampu menghasilkan animasi 3D sendri. Antara animasi 3D Malaysia yang berjaya mendapat sambutan ialah, Upin & Ipin, Boboi Boy,dan Saladin. Animasi Saladin terbitan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MdeC) merupakan animasi tempatan yang paling berjaya dihasilkan setakat ini. Ia bukan setakat berdasarkan mutu penerbitan, malah animasi dengan kerjasama saluran televisyen (TV), Al Jazeera Children’s Channel itu juga mendapat sambutan di luar negara. Saladin yang berlatarbelakangkan Timur Tengah abad ke-12 mengisahkan tentang seorang lelaki yang menggunakan kelicikannya bagi menentang pelbagai kejahatan yang berlaku ketika itu.

Pengaruh Anime Terhadap Animasi Malaysia


Ianya bermula apabila beberapa studio animasi Jepun memberikan kerja-kerja melukis dan mewarna kepada Lensafilm, studio filem komersial Malaysia sekitar 1985. Pada awalnya hanya kerja melukis dan mewarna sahaja yang dilakukan. Kakitangan Jepun melatih pekerja tempatan dan sebahagian daripada mereka dihantar ke Studio Toei, di Jepun untuk dilatih tentang gaya anime.
Mereka mendapat kepercayaan melakukan kerja-kerja in-betweening untuk filem seperti Transformers, Sailormoon dan Dragonball. Dengan kehadiran siri TV animasi tempatan, didapati terdapat produksi yang menggunakan gaya anime (ini dapat dilihat dengan jelas pada rupa harimau dalam Sang Wira, kucing dalam Edi & Cici, dan karektor manusia dalam Man Spider dan Silat Legenda).
Pengaruh anime juga dapat dilihat di dalam paparan letupan dan asap, pergerakan mulut, kitaran berjalan dan berlari dan babak karektor menangis. Apabila animator ini berpindah ke studio lain, mereka masih mengekalkan cara anime. Mereka tidak mencuba untuk membangunkan gaya mereka sendiri disebabkan tiada seorang pun daripada mereka mempunyai latihan di dalam seni dan reka bentuk serta tidak didedahkan kepada berbagai cara animasi negara lain.
Siri pertama yang mempunyai latar belakang yang diilhamkan dari anime ialah Sang Wira. Lukisan latarbelakangnya diinspirasikan daripada pemandangan kampung dan luar bandar seperti dalam filem Miyazaki. Begitu juga dengan latar belakang siri Silat Legenda, di mana langit biru dan berawan mencerminkan apa yang dirasai oleh pengarah terhadap kawasan luar bandar iaitu aman, tenang dan bersifat kerohanian.

Animasi Jepun

                      Anime merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak. Perkataan Anime dijadikan melalui perkataan inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membacakan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" dari perkataan pinjaman bahasa inggeris, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah, perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Sejarah anime bermulanya seawal tahun 1907. Namun, pada masa itu animasi di Jepun hanyalah terhad kepada beberapa orang, kerana masa itu animasi tidak sepopular sekarang.

Animasi Barat


Walt Disney Studios Salah satu pelopor dunia animasi, dengan karya-karya klasik yang sudah tidak asing lagi seperti Snow White, Peter Pan, Sleeping Beauty, dll; hingga karya-karya barunya seperti Beauty and the Beast, Lion King, Pocahontas
Warner Bros Studios Termasuk pelopor juga, terkenal dengan film seri kartunnya. Wabit (Warner Bros Imaging Technology), baru mengganti namanya menjadi Warner Bros Digital (Widget). Pixar Toy Story, telah membuat tonggak baru untuk sejarah animasi. Ianya Filem pertama yang seluruhnya menggunakan CGI (Computer Graphics Imagery).
Filem-filem berkonsepkan penggunaan animasi berkomputer juga semakin mendapat tempat dihati pengguna dan antara yang popular ialah “The Matrix”, “Star Wars”, “First Episode”, “XMen” .

Filem Animasi Era Nazi


Dalam era Nazi, Jerman telah menghasilkan filem animasi pada tahun 1933 sehingga 1945. Antaranya adalah cerita yang mengandungi unsur-unsur sexsual seperti Visconti's The Damned dan cerita-cerita lawak seperti Hogan Heroes.

Pada tahun 1935 teks dan katalog telah digunakan dalam filem-filem animasi seperti Composition In Blue (Fischinger) atau dalam bahasa Jermannya Composition In Blau. Pada tahun 1934 filem yang telah dihasilkan oleh Geiniger ialah The Stolen Heart (Das Ges Toh Lene Harz).

Sebenarnya filem yang dihasilkan oleh Starewich yang bertajuk Reynard The Fox pada tahun 1937   telah pun dihasilkan di Paris sekitar tahun 1930an dan telah diperbincangkan sepenuhnya sebagai filem cereka animasi terpanjang pernah dihasilkan di Jerman. Ianya menjadi karya agung di Jerman sebelum munculnya Snow White lapan bulan kemudian iaitu pada bulan Disember 1937.


Ramai juru animasi yang bekerja pada era Nazi antaranya ialah:
·         Kurt Wiese
·         Otto Hermann
·         Hans Zoozmann
·         Lore Bierling
·         Toni Rabolt
·         Harry Jaeger
·         Kurt Stordel
·         Richard Felgernauer
·         Benhard Klien
·         Paul Peroff
·         Hedwing Group & Genda Otto
·         G.Wslz Group & G.Kryger
·         Schwab Group & Gerhardt

Hanya seorang sahaja Juru Animasi yang meniggalkan Jerman iaitu Oskar Fischinger yang berpindah ke Paris pada bulan Februari 1936. Beliau telah sempat menghasilkan tiga filem terbaik Jerman dalam era Nazi iaitu:
·         Circles (Krese) pada tahun 1933,
·          Muratti Get In The Act (Muratti Greift Ein) pada tahun 1934 dan
·         Composition In Blue pada tahun 1935.

Juru Animasi lain juga cuba untuk meniggalkan Jerman,tetapi perpindahan mereka tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah. Sebelum tahun 1933, Bertold Bartosch telah bertolak ke Paris untuk bekerja di sana tetapi pada 1940 tentera Jerman telah menawan dan memusnahkan St.Francis. Pacifist Film iaitu studio dia bekerja juga telah musnah dan segala filem dan karya agung  juga turut musnah.

Animasi di Jerman dalam perang dunia kedua sehingga tahun 1937 telah dibekalkan oleh filem-filem animasi yang dihasilkan di Amerika. Produk Amerika yang menjadi keagungan masyarakat Jerman ialah:
·         Felix The Cat
·         Out Of Inkwell


Ia telah ditayangkan pada tahun 1920an. Dalam tahun ini juga, ia telah menyebabkan industri filem animasi di Jerman tidak dapat berkembang. Pada tahun 1933,Menteri Propaganda Jerman (Goebbels) telah dibayar oleh pengeluar filem Disney untuk menayangkan siri-siri animasinya di Jerman. Antara siri-siri animasi tersebut ialah:

·         Mickey Mouse
·          Silly Symphonies
·         Three Little Pig

Disney telah cuba untuk menambah bayaran bagi filem Snow White namun Goebbels telah meramalkan Snow White mungkin tidak akan berjaya kerana dia telah banyak menerima kritikan dari akhbar-akhbar Jerman kerana telah mengorbankan legenda-legenda Jerman untuk kepentingan dirinya.

Oleh sebab itulah dia telah menolak tawaran baru dari Disney. Lembaga penapis filem British juga telah mengharamkan filem ini ditayangkan pada kanak-kanak disebabkan ianya terlalu ganas dan menakutkan.Pemerintah Jerman juga telah mengarahkan Juru animasi Jerman supaya memulakan pengeluaran filem animasi warna untuk kanak-kanak terutamanya filem Snow White yang mana telah dihasilkan semula dalam bentuk live-action yang diberi nama (Schneeweisschen) pada tahun 1939.

Pengeluar-pengeluar lain seperti Kurt Stordel telah menerbitkan filem kartun popular(Purzel The Dwarf) Walau bagaimanapun cara atau teknik animasi yang dikeluarkan oleh studio-studio di Jerman masih belum cukup untuk menandingi Disney dan produk-produk dari Amerika.

Untuk membetulkan keadaan , pegawai-pegawai kementerian berkenaan telah membuat perancangan pada tahun 1941 dimana mereka telah memanggil animator-animator yang ternama dalam industri filem animasi di Jerman supaya tidak hanya mengeluarkan siri-siri animasi pendek tetapi turut menghasilkan filem-filem animasi yang panjang seperti filem-filem cereka.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Juru Animasi ini telah diperintah meningkatkan produksi mereka ketahap filem cereka untuk ditayangkan di panggung-panggung wayang. Juru animasi yang terlibat antaranya ialah Hans Ficherkoesen yang mengetuai juru animasi lain di Jerman antara tahun 1933 sehingga 1945.

Sejarah Animasi


Animasi pertama dunia telah ditemui di Burnt City, Selatan Iran. Ianya telah dihasilkan sekitar 5200 tahun dahulu dan memaparkan seekor kambing melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Pelbagai objek lain turut dipaparkan antaranya adalah ikan.

Visual pertama animasi yang lain ialah kerbau jantan berkaki lapan. ianya ditemui pada dinding gua di Altamira. Dari visual tersebut, maka terhasillah karya Marcel Duchamp iaitu Nude Descending A Staircase. Ianya menunjukkan bahawa manusia telah cuba mencari cara untuk menggambarkan pergerakan dalam sebuah karya.Tujuan lukisan ini dihasilkan tidaklah diketahui. Hasil karya Marcel Duchamp yang menggambarkan figura manusia berlapis telah dikritik dalam satu pameran di New York Armory Show pada tahun 1913.

Ilustrasi komposisi figura manusia oleh Leonardo Da Vinci merupakan cubaan pertamanya untuk mencipta animasi dengan menggambarkan bentuk tangan dan kaki yang dilukis berlapis.

Malaikat Gioto dalam kepercayaan Shinto digambarkan secara berulang-ulang untuk menampakkannya seperti terbang.Ini adalah salah satu karya masyarakat Jepun yang menggunakan SCROLL untuk menyampaikan kesinambugan cerita.

PERSISTENCE OF VISION (Penglihatan Yang Berterusan)
Pertama kali dicuba oleh Paul Roget dari Perancis pada tahun 1828,yang mana ianya telah mencipta kaedah yang diberi nama Thaumatrope (Wheel Of Magic In Greek)

THAUMATROPE (Wheel Of Magic In Greek).
Iaitu di mana satu cakera dicipta dengan dilekatkan pada mata anak panah. Pada cakera ini dilukis gambar burung dan dibahagian belakangnya dilukis gambar sangkar yang kosong. Apabila diputar pergi balik, mata kita akan melihat burung itu berada didalam sangkar. Ini membuktikan mata kita dapat menyimpan image untuk beberapa ketika dan apabila diulang-ulang ianya akan menghasilkan pergerakkan. Thaumatrope adalah kaedah mudah untuk melihat visual bergerak.

PHENAKISTOSCOPE (An Optical Deceiver In Greek)
Phenakistoscope adalah penemuan pertama animasi dicipta oleh Joseph Plateau pada tahun 1826. Ianya merupakan sekeping kad berbentuk bulat yang mana di sekelilingnya dilukis satu siri gambar pergerakkan.
Lukisan ini dipisahkan dari liang-liang kecil. Apabila kad ini dipusingkan dengan laju di hadapan cermin dan mata kita meneropong melalui liang-liang kecil yang membahagikan siri lukisan atau gambar itu kita akan dapat melihat satu siri pergerakkan yang kelihatan hidup.


PRAXINOSCOPE
Pada tahun 1892, Emile Reynaud dari Perancis telah mencipta Praxinoscope. Ianya menggantikan slit atau liang-liang kecil yang membahagi antara gambar dengan cermin dan dilekatkan sebelah menyebelah,cermin ini akan membalikkan cuma satu gambar sahaja di dalam drum itu.

KINEOGRAPH
Pada tahun 1868, Kineograph telah ditemui.Ianya adalah sejenis Flipbook mudah, satu siri lukisan yang dilukis dan disusun seperti buku. Apaila muka surat ini dibuka dengan kadar kelajuan yang seimbang, lukisan itu akan kelihatan bergerak.

Pengertian Animasi


Berasal dari perkataan Latin erti “dihidupkan” atau pun “bring to life”.
Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup animasi bermakna satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.
Pengertian dari The American Heritage Dictionary of the English Language.
·         Tindakan, proses, atau hasil seakan hidup, tarikan, semangat, pergerakan, atau aktiviti.
·         Kualiti atau keadaan berbentuk hidup, aktif, bersemangat, atau kuat.

a. Seni atau proses menyiapkan kartun animasi.
b. Sebuah kartun animasi.
.
Pengertian dari Collins English Dictionary
·          keaktifan; kelincahan
·         keadaan masih hidup
·         (Seni Pertunjukan)
a. teknik yang digunakan dalam menghasilkan kartun animasi
b. sebuah variasi dari kartun animasi

Pengertian dari PCMAG.COM
Pergerakan diagram atau kartun dibuat mengikut turutan paparan imej satu demi satu. Animasi adalah untuk menghasilkan hiburan dan iklan bergerak mengikut turutan.