Animasi Tradisional
Sebelum
berkembangnya teknologi animasi berkomputer, semua animasi tradisi dilakukan
menggunakan tangan. Bagi setiap satu saat animasi ia memerlukan sekitar 20
bingkai dan bayangkanlah masa dan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan
sebuah animasi yang lengkap. Bagi menghasilkan animasi yang memakan masa 2
minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej.
Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan bagi membantu di dalam proses
penghasilan animasi secara tradisional, antaranya :
·
Keyframes
·
Cell Animation
·
Page Flipping
·
Onion Skinning
Animasi Berkomputer
Animasi
berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan
menggunakan teknologi komputer dan elektronik. Terdapat pelbagai kaedah di
dalam penghasilan animasi berkomputer, iaitu daripada animasi mudah sekadar
pergerakan objek secara linear merentasi skrin sehinggalah kepada animasi 3
dimensi yang mengkagumkan. Beberapa istilah dan proses yang sering terlibat di
dalam penghasilan sesebuah animasi berkomputer iaitu :
·
Tweening
·
Keyframe
0 comments:
Post a Comment