Ads 468x60px

Format Fail Animasi


Format fail animasi yang paling popular antaranya ialah format daripada AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Animasi juga sering disimpan sebagai video klip yang mempunyai format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

Animasi GIF (Animated GIF)
Merupakan teknologi animasi yang terawal  dan agak mudah untuk dihasilkan. Animasi gif sebenarnya merujuk kepada siri imej-imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berturutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik tadi akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan tadi (konsep yang digunakan di dalam pembangunan animasi jenis sel).
Animasi gif ini amat popular digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan menerusi halaman web atau lebih popular dikenali sebagai “banner”. Ia juga boleh digunakan bagi memaparkan logo atau sekadar membentuk ikon-ikon yang senantiasa berputar atau berkerlipan di halaman web. Antara perisian-perisian yang sering digunakan bagi tujuan pembangunan animasi gif ialah Ulead Gif Animator dan Gif Construction Set.
Kelebihan animasi  jenis gif ialah ianya boleh dimainkan di mana-mana komputer yang menggunakan pelayar web tanpa memerlukan perisian tambahan atau plug-in. Kelemahannya ialah  ianya tidak boleh diintegrasikan dengan audio serta tidak mampu berinteraksi dengan pengguna.

0 comments:

Post a Comment