Ads 468x60px

Saturday, May 19, 2012

Pengaruh Anime Terhadap Animasi Malaysia


Ianya bermula apabila beberapa studio animasi Jepun memberikan kerja-kerja melukis dan mewarna kepada Lensafilm, studio filem komersial Malaysia sekitar 1985. Pada awalnya hanya kerja melukis dan mewarna sahaja yang dilakukan. Kakitangan Jepun melatih pekerja tempatan dan sebahagian daripada mereka dihantar ke Studio Toei, di Jepun untuk dilatih tentang gaya anime.
Mereka mendapat kepercayaan melakukan kerja-kerja in-betweening untuk filem seperti Transformers, Sailormoon dan Dragonball. Dengan kehadiran siri TV animasi tempatan, didapati terdapat produksi yang menggunakan gaya anime (ini dapat dilihat dengan jelas pada rupa harimau dalam Sang Wira, kucing dalam Edi & Cici, dan karektor manusia dalam Man Spider dan Silat Legenda).
Pengaruh anime juga dapat dilihat di dalam paparan letupan dan asap, pergerakan mulut, kitaran berjalan dan berlari dan babak karektor menangis. Apabila animator ini berpindah ke studio lain, mereka masih mengekalkan cara anime. Mereka tidak mencuba untuk membangunkan gaya mereka sendiri disebabkan tiada seorang pun daripada mereka mempunyai latihan di dalam seni dan reka bentuk serta tidak didedahkan kepada berbagai cara animasi negara lain.
Siri pertama yang mempunyai latar belakang yang diilhamkan dari anime ialah Sang Wira. Lukisan latarbelakangnya diinspirasikan daripada pemandangan kampung dan luar bandar seperti dalam filem Miyazaki. Begitu juga dengan latar belakang siri Silat Legenda, di mana langit biru dan berawan mencerminkan apa yang dirasai oleh pengarah terhadap kawasan luar bandar iaitu aman, tenang dan bersifat kerohanian.

0 comments:

Post a Comment